Rutin Harian Kami

July 16, 2008 at 10:32 pm | In Hyperlink | 2 Comments

Aku sekarang belajar di tahun 3 kursus BENC di salah sebuah universiti awam di Malaysia yang terletak di Melaka yang juga terkenal dengan bau haruman tahi ayamnya. Disini aku tinggal serumah dengan rakan²’ku yang baru aku kenali sewaktu mula menjejakkan kaki’ku disini yang juga rakan² kelas’ku. Mereka ialah Encik Zarif Che Hashim, Encik Imran Ariff Mohamed, Encik Meor Ahmad Salahuddin, Encik Mohd Faris Nasirruddin dan juga Encik Ahmad Farid Mohamad.

Kami tinggal di Taman Bukit Beruang. Rumah sewa kami terletak berdekatan dengan Kolej Kediaman Murni UTeM dan juga Kolej Kediaman Bunga Raya UTeM. Kami selalu keluar makan di Kedai Buah Bunga Raya, Medan Selera Bukit Beruang dan juga Restoran Ala Thai. Kami juga selalu ke 7 Eleven untuk membeli air Gulp yang berharga RM2.10 ataupun Slurrpy.

Apabila ada masa terluang, kami akan ke Pusat Sukan MBMB untuk bermain badminton. Disana Encik Ahmad Farid Mohamad dan Encik Mohd Faris Nasirruddin terkenal dengan kehebatan dan ketangkasan mereka bermain badminton.

Kami juga selalu berkumpul di ruang tamu rumah kami menghadap PS2 yang dibawa oleh Encik Imran Ariff Mohamed bermain permainan Naruto. Selalunya kami berlawan bermati²’an dan mencuba untuk memenangi perlawanan tersebut. Kami juga selalu bermain permainan volleyball sambil menjerit² mengelakkan pasukan lawan. Kepada mereka² yang ingin menyertai kami, jangan segan dan malu untuk datang ke teratak buruk kami ek!

Itulah rutin harian kami. Setiap hari kami akan luangkan masa kami untuk perkara² berfaedah. Kami sentiasa mengatakan TIDAK kepada rokok dan juga segala jenis pil yang mengkhayalkan. Oleh itu, kepada gadis² diluar sana yang hendak menghantar borang permohonan, bolehlah berbuat demikian kerana kami semua BERSIH dari segala najis² masyarakat dan sentiasa menjalani gaya hidup sihat dan mantap. Cuma borang permohonan untuk aku ditutup buat sementara waktu atas sebab² tertentu. Borang cuma dibuka untuk beliau yang comel sahaja. Hehehe… Terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang mengandungi pelbagai unsur merepek lagi mengarut ini. Sesuai jadi tukang karut. Thx!

2 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. woi2, pe memburukkan nama utem ngn ahruman taik aym ni, xpatut..!!

  2. mana ada orang yang memburukkan u sendiri. itu kenyataan la…


Leave a comment

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.